Monday, December 29, 2008

Sek. Men. Sains Sultan Iskandar, Mersing, JOHOR…. Destinasiku


“Slm. Sy dh dpt sk mane. Kol en.Fathullah 038849403 bhg SBP. Nnti bgtau eh dpt kat mn”. Itu sms yg aku dpt dr classmate aku Asiah pd 26 Dis 2008 pd pukul 10:34:59…. Dia dpt posting kt Sek.Men. Sains Johor kt Kluang… Jauh tu… makin berdebar-debar aku. Si Yusri best friend aku pula dpt posting kat Sek.Men.Sains Alam Shah, K.L. Apa lg, aku terus col En. Fathullah…Ermmm… Alhamdulillah aku pn dpt semenanjung tp Johor gak. Huhuhu… Jauhnya… Johor pun Johorla… Aku tlh ditempatkan di Sek. Men. Sains Sultan Iskandar, Mersing. Tp xsangka aku dpt mengajar di sekolah sains dan berasrama penuh ni. Insyallah, Allah akan mempermudahkan segala urusanku di sana nanti. Amin.. Amin… Amin… Amin… Aku dikehendaki lapor diri ke sekolah tersebut pd 5 Januari 2009. I’Allah 1 Januari ni aku akan bertolak ke sana. Kena p awal. Maklumla nak cari tempat tinggal dulu…

Tahniah buat sahabat-sahabatku yang dpt posting kat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Negeri Sembilan dan Pahang. Tidak lupe jugak yang dpt posting kat Perak, Sabah, Sarawak dan sekolah Teknik. Semoga korang menjadi guru yang cemerlang nanti. Ngajar elok2. Korang smua jgn lupe doakan aku kt sini.


Thursday, December 25, 2008

Teruskan Perjuangan


Selamat berjuang sahabat-sahabatku.... ingat & hubungilah aku selalu ye. Ngajar elok2 nanti kat sekolah. Jgn mengorat anak murid dahla.hehehe.... Bila lg dpt jupe korang semua.huhu.... Terima kasih Allah. Semoga persahabatan antara kami diberkati, diredhai dan dipelihara olehMu ke akhir hayat kami....


Khas untuk pelajar2 DPLI UDM 2008....

Selamat Berjuang….

Malam siang berlalu

Gerhana kesayuan

Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu

Tiada berhenti

Oh syahdunya

Sesejenak ku terkenang

Hakikat perjuangan

Penuh onak dan cabaran

Bersama teman-teman

Harungi kehidupan

Oh indahnya

Pedas rasanya

Di dalam jiwa

Untuk melangkah

Meninggalkan semua

Kasih dan cinta

Yang terbina

Ia kan selamanya

Selamat berjuang SAHABATKU

Semoga Allah berkatimu

Kenangan indah bersamamu

Tak kan ku biar ia berlalu

Berjuanglah hingga ke akhirnya

Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan

Sengsara di dalam perjuangan

Jiwaku merana dan meronta mengharapkan

Kedamaian dan jua ketenangan

Tetapiku akur pada hakikat

Suka dan duka dan perjuangan

Perlu ketabahan dan kekuatan

Keteguhan hati berlandaskan iman


* Bila dgr lagu,ni, slalu je teringat kat korang smua. Byk kenangan indah kite bersama semasa di UDM. Tak kan ku biar ia berlalu begitu saje.



Wednesday, December 24, 2008

akhirnye... SBP

23-24 Disember 2008


Setelah sekian lama akhirnye kluar gak keputusan posting…. Malam 23 Dis 2008, kul 11.20, member aku Azril atar sms kt aku,


“ Ni, jom p K.B. Kite p check keputusan posting kite”. Si Azril ni amik DPLI kt UM, Aku pun bls sms dia “Ok, beres. Kau dtng amik aku kt rumah”.


Kul 11.45 mlm dia smpai ke rumah aku dan kami terus bertolak. 20 minit kemudian sampailah kt Bandar K.B. Apa lagi, kami carilah lokasi yg ade wireless. Maklumla kt rumah aku x de internet. Hehehe… cari yg free jela.


Jam menunjukkan kul 12.10 tgh mlm… Kak Jem pn sms aku, dia ckp dh leh check posting, Kiteorg. makin berdebar-debar rasanya… huhu… Sblum aku semak keputusan berdoa banyak2.. hehehe…


Akhirnye…. Alhamdulillah, nama aku tersenarai untuk penempatan guru ke sekolah menengah. Aku dapat kt SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan si Azril tu dapat kat Sarawak… Dapat naik kapal terbang la dia. hehehe….


Malam tu aku bkn check yang aku sorg je, tp abis semua classmate aku 33 org aku tolong check kan. Hehehe… Ramai yang dapat teknik dan SBP. Yang lain dapat kat Perak, Sabah dan Sarawak.Tapi yang masalahnye SBP dan Teknik ni kite org smua x tau lg dapat posting negeri mana. Huhu… msih blum hilang debar aku ni… huhuhu…


Keesokan paginye, kawan baik ku Yusri merangkap roommateku hehehe…. sms aku. Dia gtau dh hubungi bahagian SBP dan diaorg ckp yang dpt SBP kena tunggu surat posting sampai ke rumah masing2 baru dpt tau posting negeri mane.. So, kena tunggu lg la…

”May be awal bulan Januari 2009 ni sampai surat tu”, kata si Asiah dalam sms yg dia atar kt aku.huhu… Apa pun alhamdulillah sebab dpt posting jgk akhirnye…. Amin



TAHNIAH ! MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEPERTI BERIKUT


Nama
:
NOR HUSNITTAHRIR BIN MAT RIFIN

No. KP
:
830831115005
Anda telah ditempatkan ke
SBP
berkuat kuasa pada 5 Januari 2009

Sila rujuk ke Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian :

03-8888 6275/ 03-8884 7225
untuk bantuan.

Kembali



Friday, December 19, 2008

Posting...oh posting....

Buat teman-teman DPLI (Pendidikan Islam),

Penempatan Guru Sandaran Terlatih (Pendidikan Islam) Siswazah bagi Calon Tajaan dan Temuduga KPM Serta Calon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi - Sekolah Menengah Boleh Disemak Pada 24 Disember 2008.

Untuk keterangan lanjut leh layari : http://www.moe.gov.my (Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sekian....

( menyeksakan betul tunggu keputusan posting ni..huhu.... )

Wednesday, December 17, 2008

diploma+ijazah+dpli = 3 org akak aku dpt. hehehe…


Sepanjang pengajian aku di Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA, aku telah b’kwn ngan 3 org perempuan yg mana aku m’aggapnye cam akak aku sendiri.hehehe.. mereka smua best2… selalu bg semangat & nasihat kat aku mengenai pelajaran, cinta dan mcm2 hal lg la…hehe.. aku tak kan lupekn nasihat akak2 aku ni. I’Allah J. Berikut serba sedikit latarbelakang ringkas mengenai akak2 kesygnku.. cewaaaah….

1. Masa Diploma

Namanye Nik Nisal Asmafizah… Asal Bachok, Kelantan.. Orgnye tinggi lampai & cantik2 gitu.. Jgn tgk lama2 gambar dia tu, bahaye… dia dh kahwin & dh m’punyai anak pn.hehehe. Kak Fizah ni satu skolah ngan aku mase di sekolah menengah lagi.



2. Masa Ijazah

“Engkau bermula dengan sengsara. Dalam mencari bahagia. Terasa bagai bayang-bayang gelap walau disuluh cahaya…” pernah dgr lagu ni tak???? Btul btul… Rabiatul Adawiyyah itulah namenye… B’asal dari Sungai Petani, Kedah. Skrg Kak Atun b’gelar ustazah jQAF… single lg la… tp i’Allah, bakal suaminye adalah best friend aku…hehehe… aku doakan diaorg akan kahwin tahun dpn. Amin....




3. Masa DPLI

Jamaliah itulah name yg diberikan oleh ayah dan emaknye. Hehehe… b’asal dari Tangakak, Johor. Bakal ustazah gak… bln Januari ni posting.. I’Allah… Emm… single lg… sape2 yg rase dia lelaki yang baik, gentleman gitu kalu b’kenan ngan Kak Jem aku ni leh la contact aku… hehehe.. manala tau kot2 aku leh tolong…

* apa yg best tentang diorg ialah diorg ni smua best student. Result selalu je dapat anugerah dekan… power2… b’tuah aku dpt b’kwn ngn diaorg. Ilmu diaorg pn melekat kat aku.. hehehe… Smoga Allah m’berkati hidup mereka smua.. Amiiiiiin….

Tuesday, December 16, 2008

Baca jgn tak baca....



BUKU 101 KISAH & PENGAJARAN DARIPADA AL-QURAN, AL-HADIS & HAYATUS SAHABAH

Ini mempersembahkan cerita daripada sirah yang di sampaikan dalam bentuk mudah dan menarik. Setiap cerita dimulakan dengan gambar lukisan yang berkaitan sirah tersebut supaya pembaca dapat menggambarkan peristiwa itu dengan lebih dekat dan jelas lagi. Paling penting dicatatkan sumber cerita tersebut. Bagi petikan daripada ayat al-Quran, disertakan surah dan nombor ayatnya. Bagi petikan hadis, disertakan perawinya. Begitu juga bagi kisah para sahabat, disertakan sumber ceritanya. Ini menjadikan ia suatu cerita yang lebih berauntentik.

Setiap kisah menyenaraikan pengajaran yang yang dapat diambil daripada cerita tersebut. Bagaimana pembaca boleh menggunKn buku ini dengan bermanfaat?

  1. mengambil teladan daripada perlakuan yang baik untuk beramal.
  2. bahan ilmiah untuk menghayati sirah para nabi dan rasul.
  3. bahan untuk pelajar aksikan dalam pertandingan bercerita di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
  4. bahan untuk pelajar menulis karangan dalam bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab.
  5. bahan untuk tazkirah, usrah, ceramah, pidato, bahas dan sebagainya.

Buku ini diterbitkan oleh TELAGA BIRU SDN.BHD. Manakala pengarang pula ialah Al-Ustaz Hj. Zahazan Mohamed merupakan pensyarah UIAM.



# Buku ni dihadiahkan oleh Kak Jem kpd ku... trm ksh byk2 Kak Jem... hehehe...



Sunday, December 14, 2008

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Antara ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

  • Bersikap profesional.

  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

  • Kaya ilmu.

  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

  • Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.




Saturday, December 13, 2008

Lagu Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Istimewa Buat Sahabat-Sahabatku Yang Akan Bergelar Guru


Guru O Guru...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Teka Teki

haaa....

ni ade satu teka teki.
kalu korang tahu jwbla...

"gajah terjun bangunan pecah apa? "

Thursday, December 11, 2008

Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA

















Universiti Darul Iman Malaysia....

itulah namenye....
di sinilah tmpt aku menimba ilmu..

diploma, ijazah n DPLI di sinilah tempt ku m'habiskn masa dgn ilmu..

hampir 7 thn aku brade di sini sejak ia di kenali dgn nama KUSZA lg..

ramai kwn yg aku dpt..

ramai kwn2 yg m'bantuku..

berat hatiku b'pisah ngn kwn2..

p'syarah smue best2..
sape x knl ngan KUSZA..

smua org knl..

bahkan pelajar Singapura, Thailand dan indonesia pn dtg menuntut ilmu di sini..

tp skrg hnye tinggal kenangan..

berat hatiku..

berat hatiku meninggalkanmu..
kini tibe masanye ke alam pkerjaan..

ku terpaksa meningglkanmu.. akan ku guna ilmu yg ku perolehi di sini utk mendidik anak bangsa malaysia..
supaya jadi insan yang b'guna..

i'Allah..



ILMU DEMI FAEDAH INSAN ( LAGU TEMA UDM )


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

IMPIAN MENJADI REALITI

CIPTA KEAGUNGAN

TAMADUN GEMILANG

DEMI BANGSA DAN KEDAULATANNYA


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

MENJADI KEBANGGAAN KITA

BUDAYA CEMERLANG, BERWAWASAN

MELAHIRKAN SARJANA GEMILANG


ILMU DEMI FAEDAH INSAN (chorus)

DIKAJI RAHSIA DI MUKA BUMI

DI LAUTAN BIRU, DI LANGIT YANG TINGGI

MENCARI KEBESARAN MU


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

BANGGA KU MENJADI WARGA MU

TERUS CEMERLANG, MENCIPTA KEJAYAAN

DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.



Hormatilah Kuliah Ilmu

Al-Thabrani meriwayatkan daripada Abi Hazim daripada Sahal r.a, berkata bahawa beliau telah menyampaikan kuliah tentang sunah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.

Beliaum merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah. Beliau berkata: "Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w, tiba-tiba mereka sibuk menceitakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi".



Pengajaran dari kisah tersebut:

1. Menghadiri diri dalam majlis ilmu adalah sangat penting kerana ia merupakan makanan buah hati, dan menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.

2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan.

3. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.

tIkA iTu

Dan di ketika itu
Membina segunung harapan
Terpatri sebuah ikatan
Hadapi segala rintangan

Indahnya sinar bercahaya
Dan tiba saat berbicara
Akan tekad yang di jiwa
Berpisah mengejar cita

Yang diimpi sekian lama
Kan ku abadi saat gemilang
Suka duka manisnya kenangan
Bersemat di ingatan

Mogakan kekal sepanjang zaman
Hanya ku harapkan ketenangan
Melayari hidup sendirian
Dalam mengejar impian

Moga tetap dirahmati Tuhan
Kita tetap bersama menuju impian cita
Ke puncak kegemilangan yang tiada tara
Saat waktu kita terpisah pasti bersua akhirnya