Wednesday, July 28, 2010

SYUKURKU


alhamdulillah...
alhamdulillah...
ucapku kepadaMu yang Esa
pujiku padaMu ya Allah

syukurku padaMu
atas kurniaMu
syukurku padaMu
atas rahmatmu

segalanya yang kukecapi
hanya dariMu ya Allah

namun terkadang ku lupa
dengan nikmatMu
ku harapkan keredhaanMu
agar menjadi seorang hamba yang bersyukur


Allahu Allah..
padaMu ku berserah
padaMu ku memohon
keampunanMu ku harapkan

Allahu Allah
Allahu ya Allah
kepadaMu ku memohon
hanya syurgaMu kuharapkan

hakcipta terpelihara : tahrir_smssi10

Sunday, July 4, 2010

Nama Baru UDM



UnisZA secara rasmi nama baru UDM

KUALA LUMPUR 21 Jun - Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti.

"Pertukaran nama UDM telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 April 2010 dan telah diwartakan pada 13 Mei 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, UnisZA menjadi harapan kepada rakyat Malaysia agar dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.

"Penubuhan UnisZA diharap dapat melahir dan membentuk pemimpin yang pemikirannya diasuh dengan ilmu, budaya tinggi, akhlak luhur serta berwajah antarabangsa selaras dengan visi UnisZA itu sendiri," ujarnya.

UDM telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan merupakan universiti awam yang ke-18 di negara ini.

Hasrat penubuhannya adalah untuk menjadi institusi pendidikan berstatus universiti penuh yang menawarkan pelbagai program akademik di Terengganu.

Universiti ini mula beroperasi di kampus Kolej Sultan Zainal Abidin, sebuah institusi pendidikan agama yang bersejarah di Terengganu dan langkah ini diwujudkan bagi membolehkan beberapa program yang ditawarkan oleh KUSZA sebelum ini dinaik taraf kepada program ijazah.
(Utusan malaysia online, 22 Jun 2010)

Sunday, March 7, 2010

MAJLIS MAULIDURRASUL PERINGKAT SMSSI 2010

Pada 6 Mac 2010 bersamaan 20 Rabiul Awal 1431, Sek.Men. Sains Sultan Iskandar telah mengadakan Majlis Maulidurrasul Peringkat SMSSI 2010. Tema pada tahun ini ialah "MEMANTAPKAN UKHUWAH, MEMPERKASAKAN UMMAH". Berikut merupakan tentatif program pada hari tersebut :

8.00 pagi : Pelajar berkumpul di hadapan kuarters guru.
Perarakan ke Dewan Sri Integrasi SMSSI.


8.30 pagi : Persembahan pelajar (Tilawah Al-Qura
n, Berzanji, Nasyid & Marhaban).

9.00 pagi : Ucapan Pengetua.

9.15 pagi : Ceramah Maulidurrasul oleh En. Omar b. Salleh
(Penolong Pengarah Operasi Dakwah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor)

10.45 pagi : Jamuan.

12.00 tgh : Bersurai.