Thursday, December 11, 2008

Hormatilah Kuliah Ilmu

Al-Thabrani meriwayatkan daripada Abi Hazim daripada Sahal r.a, berkata bahawa beliau telah menyampaikan kuliah tentang sunah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya.

Beliaum merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah. Beliau berkata: "Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w, tiba-tiba mereka sibuk menceitakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi".



Pengajaran dari kisah tersebut:

1. Menghadiri diri dalam majlis ilmu adalah sangat penting kerana ia merupakan makanan buah hati, dan menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.

2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan.

3. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.

No comments:

Post a Comment