Wednesday, April 29, 2009

Ya Allah... tabahkan hatiku....

Ya Allah, perjalanan kian jauh namun hakikatnya sudah hampir ke destinasi akhir usia, usiaku hari demi hari kian berlalu pergi. Di manakah daku? Sesungguhnya daku yakini bahwa Allah tidak membebankan sesuatu kaum itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Pertemuan dan perpisahan adalah suatu ilmu untuk kukutip. Dalam perjalanan mencariMu ya Allah, daku hampir tewas dan aku kini merayu syahdu di pinggir doaku, agar ada waktu yang tersisa ini dapat kuatur untuk hampir padaMu. Daku akui kelemahan diri ini ya Allah, daku benar-benar lemah, tolonglah daku ya Allah! Di saat daku berdiri teguh di sisi sahabat dan keluarga, rupa-rupanya didepanMu, daku umpama sungai yang kekeringan. Sungai yang kekeringan air cintaMu, berikan daku sedikit air cintaMu. Sesungguhnya daku dahaga di padang pasir duniawi. Ya Allah, kurniakan daku sahabat-sahabat dan pendamping hatiku insan-insan yang mendekatkan ku kepadaMu.

Perpisahan itu juga sebuah ilmu untukku. Sahabat, perpisahan adalah sebuah memori, walau entah dengan siapa kita pernah memberi dan menerima kenangan itu. Tapi yang pasti…. bagi siapa yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku, akan ku abadikan ia sebagai lakaran sebuah lukisan ujian dari Allah buat diriku. Sedikit pun tak pernah terlintas difikiranku akan melukiskan sebuah kenangan yang tragis, penuh emosi, penuh kekecewaan, pengorbanan yang tak berbalas, cinta yang tidak kesampaian, hidup yang tersia-sia, kesetiaan yang tak dihargai.. di manakah daku ya Allah? Apabila ku kutip semula FirmanMu… di dalam ayat-ayatMu memberikan daku jawapan atas semua itu, di sebalik semua itu air mataku menjadi kekeringan. Walau air mata ini hakikatnya sudah tiada lagi, yang ada hanya air mata di hati yang tak terlihatkan. Doa kudus ku berikan dari jauh untuk semua insan di luar sana. Semoga rahmat Allah memayungi hati kita. Membuka hati-hati agar lebih kenal akan cinta Allah dan dunia yang cuma sekadar alam fana ini.

"Wahai diriku, bersabarlah..janganlah berputus asa dalam kehidupan ini. Allah itu dekat, terlalu dekat dari urat lehermu. Jika engkau tidak mendapat apa yang engkau inginkan mungkin Allah akan menggantikan engkau sesuatu pengganti yang lebih baik." Allah tahu, tetapi engkau tidak tahu apa yang ada di depanmu. Kesatlah air matamu itu, gantikannya dengan senyuman penawar hati di setiap musibah itu. selalulah menyebut Alhamdulillah….Wahai diriku, Allah sayang padamu, dia tahu apa saja keburukan dan kebaikan untukmu, jadi terimalah seadanya takdir PenciptaMu itu. Yakini dan berdoa agar diberikan terbaik dalam hidupmu dna itulah yang terbaik apabila terjadi sesuatu ketetapan.

Ya Allah…. tiadakah sedikit kebahagiaan buatku. Kusedari diri ini penuh dosa, penuh kesalahan dan kekhilafan. setiap waktu ku ingin insafi diri…ku sedar ku tak layak utk syurgaMu, namun kuharapkan mahgfirah dan kasih sayangMu selalu ada dihatiku. Ya Allah, Adakah kerana kebaikan itu daku tak mampu memiliki secebis kebahagiaan dalam hati ini. Ku Cuma inginkan sedikit dan setitis kebahagian itu akan terbit utkku satu hari nanti. Walau setitis cuma, aku amat menghargainya wahai Pencipta hati.

"Wahai Pencipta hati, daku redha akan takdirMu. Di sebalik ini semua daku bersyukur padaMu Ya Rabbi. Syukur ku panjat atas segalanya. Daku kini mengerti… sifat sebagai hambaMu, daku sekadar berusaha, sabar… dan jangan sekali berputus asa, segala natijah dan keputusan hanya Allah yang berhak memutuskan dan mengetahui yang terbaik untuk diri setiap manusia. Jalan terakhir hanya berdoa. DIA Maha Tahu apa yang berlaku dihadapan sana. Cuma.. bagaimana kita ingin menghadapi dugaan hati selepas sesuatu hajat kita tidak kesampaian. Ya Allah! Lemahnya diriku ini rupa-rupanya.

Buat insan yang pernah memberi dan menerima kenangan bersamaku atau bersama insan-insan lain, sesungguhnya kenangan suka atau duka itu adalah sebuah ujian dari Allah utk hati kita. Segala emosi yang lahir adalah merupakan dugaan untuk hati. Kekadang saat kita teruji syaitan telah memainkan jarum memarakkan suasana, dan di saat itu kita terlupa. Astaghfirullahal’azim..sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri. Wahai diriku, janganlah kecewa atau putus asa, orang beriman apabila terlupa ia akan segera kembali kepada Tuhan, itulah fitrah kejadian manusia….jadikanlah esok adalah hari yang terbaik untuk ku bina hati yang baru bersamaMu.

aKu ReDhA....

setiap kali... segala yang berlaku pasti ada hikmahNya....

setiap kali... segala yang berlaku pasti ada hikmahNya....

setiap kali... segala yang berlaku pasti ada hikmahNya....

setiap kali... segala yang berlaku pasti ada hikmahNya....


hanya padaMu ku berserah ya Allah....

Monday, April 27, 2009

TaHnIaH ! Alhamdulillah...

tahniah buat Adibah bt. Mohd Anuar dan Mohd Zulihilmi b. Mohd Johan krn sekali lg mengharumkan nama SMSSI dlm pertandingan MTQ peringkat negeri di Muar pd 17-18 April dan Pasir Gudang pada 24-25 April... tahniah sekali lagi. buat yang terbaik utk peringkat kebangsaan nanti. i'Allah....Teruskan perjuanganmu....

Adibah bt. Mohd Anuar : Johan Hafazan ( Perempuan )

Mohd Zulihilmi b. Mohd Johan : Johan Khat ( Lelaki )

SMSSI penjana generasi terbilang....


KeNaNgAn - - - - DPLI UDM 2008
























ABDUL RAZAK BIN HASAN

AHMAD SUFI BIN IDRUS

BADRUN NAIM BIN MD HARIS @ MD ARIFF

CHE SUFIAH BT HARUN

CHE WAN JEFRI BIN CHE WAN JOHAR

HAIRIANA BT HUSIN

IZAN BT AB. RAHMAN

JAMALIAH BT MOHD SAID

MOHAMAD SHAH HAFIZ BIN HAMDZANI

MOHD FADLI BIN ABU BAKAR

MOHD HASWAZIE BIN ISMAIL

MOHD LUTFI BIN MUHAMAD

MOHD RANI BIN HASSAN

MOHD YUSRI BIN YUNUS

NIK HASLIZAWATI BT NIK AB. MAJID

NIK MUHAMMAD YUSRI BIN AHMED KAMEL

NOR AKBARIAH BT ARIFIN

NOR HUSNITTAHRIR BIN MAT RIFIN

NOR ISZALINA BT ISHAK

NORA BT MAT RASID

NORHASLIDA BT RAZALI

NORHASNIDA AZIRA BT ABDULLAH

NUR HIDAYAH BT ARIFIN

NURUL INZAH BT WAHAB

SITI NUR FAUZANA BT DOLLAH

SITI NURHIDAYAH BT MANSOR

SITI RASYIDAH BT ABD ZABIR

SITI ZAHARAH BINTI YUSOFF

SUSILAWATI BT MAMAT

WAN ADAWIYAH BT WAN HANAFI

WAN MOHD ZAINUDIN BIN OTHMAN

WAN NOR ASIAH BT WAN SALLEH

ZAWATI BT MAT NAWANG

Saturday, April 25, 2009

riNduNyeeeeeeee....

slm buat sahabat2ku (DPLI UDM 2008). smoga kalian sihat semua. camner ngajar? arap semuanye ok. maklumla semua dh berpecah geng2 kite. de yg mngajar kt SBP, s.tenknik n s.harian biasa. apa jenis sekolah pn sama je. yang penting jalankan tugas kite sebaik mungkin. ingat pesan lecturer2 kite masa blajar dulu.:-) jd cikgu & cikgi baru ni byk keje nk buat. jawatan itu ini, kursus sana sini. ape pn tu semua tugas kite. jadi laksanakan tugas dengan amanahye.hehehe...lamanye x jupe korg. rindu sgt. nant kalu jupe ngan korag pn smua dh lain.kalu dulu,keseorgn jupe nanti dh berteman. x pun dh bawa anak2.hehehe... walaupun tempoh kite bersama selama 1 tahun je, tp rasa dh lama kite berkwn. DPLI UDM 2008 tetap yg terbaik! i'Allah.... mmg rindu sgt nk jupe korg smua. huhuhu....


Friday, April 24, 2009

atas nama cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Erti Persahabatan Ini


Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...