Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri
Saturday, April 18, 2009
Thursday, April 9, 2009
Terima Kasih Cikgu-Cikgu & Pelajar-Pelajar Form 4 An-Nasyaat
terima kasih buat cikgu hajah safiah, mezah, shahrin, azlan,ahmadi, ust.shila, ust. azilawati, ust.azrina, ust.fadhilah & pelajar-pelajar 4 an-nasyaat krn amik brt tntg saya hari ni. kate ust.shila sy mmg degil... demam pn dtng skolh utk mengajar.huhuhu... sorila shila, kite rindu kt pelajar-plajar kite. lgpun dh lama x msuk kls... penuh ngan aktiviti kursus. sampai bdn pn x jaga... aku ni mmg x syngkn badan aku kot..dpt mc esok sehari.huhu... ape pn ari ni aku sempat abiskan waktu mgajar wpun dlm keadaan pening & sakit seluruh badan. terima kasih skali lg utk k.p p.islam ust.azilawati kerana gantikn tempatku ke PKG mersing utk taklimat MTQ peringkat negeri... oh.. lupe... tahniah utk pelajar-pelajar ku yang berjaya dlm pertandingan MTQ peringkat daerah dan juga menjadi johan keseluruhan bgi kategori sekolah menengah.. kalian mmg hebat & m'harumkan nama sekolah...
Tuesday, April 7, 2009
Setiap Kali
setiap kali....
mendapat nikmat....
jarangku sedari itu pemberian Mu....
terkadang rasa....
itu kerana....
segala usaha....
dan penat lelahku sahaja....
setiap kali....
ditimpa musibah....
ku mengeluh risau....
bertambah gelisah....
hingga terlupa....
pada Mu Allah....
tempat kembali segala masalah....
oh Tuhan....
yang Maha Penyayang....
leraikanlah aku dari keluh kesah....
yang membelenggu jiwa dan fikiran....
ditambah dengan hasutan syaitan....
kurniakanlah kepadaku ketabahan....
singkapkanku hikmah segala ketentuan....
moga sinar Mu berikanku pedoman....
hanya pada Mu segala ketetapan....
seandainya diri ini....
mampu meraih cinta dan keredhaan Mu....
seandainya akulah insan yang terpilih....
pimpini hidupku....
segala yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya....
* Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku :-(
Saturday, April 4, 2009
Kursus+Seminar+Kursus
akum. lama x update blog ni. maklumla asyik busy je. huhu... minggu ni penuh dgn aktiviti kursus. leh kenal tempat orang sambil2 kursus. selain tu, dpt knl cikgu-cikgi dr sekolah2 lain. Ni antara kursus & seminar yg telah dan akan aku hadiri sepanjang minggu ini dan minggu dpn :
1. KURSUS WARDEN SBP 2009 (ZON TIMUR, SELATAN, SARAWAK, SABAH DAN LABUAN)
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.
Tarikh : 31 Mac - 2 April 2009
2. SEMINAR KEIBUBAPAAN (SEK.MENENGAH) PERINGKAT DAERAH MERSING
Tempat : ILP Mersing
Tarikh : 4 April 2009
3. KURSUS KEHAKIMAN MTQ & FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009M/1430H
Tempat : MITC ANCASA Hotel, Ayer Keroh, Melaka.
Tarikh : 5 - 7 April 2009
* Rindunye kt sekolah... camnerla ngn anak2 aku. arap semuanya slalu stadi walaupn aku xde kt sekolah. dh seminggu x jalankan P & P. terpaksa la, dh tugas.... I'Allah, nanti cikgu wat kelas malam.
Thursday, March 19, 2009
Selamat Pengantin Baru
selamat pengantin baru buat ijoe & yuhanis. semoga bahagia sepanjang hayat & panjang umur selalu. hehehe... 10 tahun korang bercinta dr from 3 lg, akhirnya sah bergelar suami isteri. alhamdulillah... ijoe, jaga ayu tu baik2. hehe.. ko dh kahwin tp jgnla lupakan aku ni.... aku ni bila la dpt khwin.huhu... doakan aku cepat2 kahwin ye. lepas sorang, sorang kawan kita kahwin..
# Nanti dh nak dpt baby jgn lupe gtau aku ek. hehehe....
# Nanti dh nak dpt baby jgn lupe gtau aku ek. hehehe....
Thursday, March 12, 2009
Seteguh Tekad + Hati Ini Milik Siapa = Terima Kasih Kak Jem

Itulah tajuk 2 buah buku yg dihadiahkan oleh kak jam kepadaku. terima kasih banyak2 kak jam. sanggup hadiahkan buku tu walau berada jauh di Labuan sana. hehe... buat masa ni blum sempat lg nk abiskan baca buku-buku tu. maklumlah sekarang aktiviti sekolah padat sangat. esok aku dan Cikgu Izni akan membawa pasukan kadet polis sekolah( wakil Mersing ) untuk menyertai pertandingan kawad di Simpang Renggam. harap2 pasukan dr SMSSI menang nanti ;-) # sekali lg trm ksh byk2 utk k.jam. akak mmg kawan dan akak unie yg baik dan hebat gitu.. hehehe... lamanye... bila la dpt tgk honda city baru akak tu ;-)
Thursday, March 5, 2009
3 Minggu Yang Memenatkan
penat..penat..
tu la yg berlaku dalam tempoh 3 minggu ni.
smua guru2 busy 3 minggu ni.
minggu lepas selesaikan MTQ.
minggu seterusnya exam dan tanda kertas.
minggu ni kejohanan olahraga MSSD.
dan jugak memantau latihan kawad kadet polis.
dari pagi sampai ke malam.
itulah antara tugasku dan guru2 SMSSI...walaupun penat aku gembira kerana dapat melaksanakan tugas tersebut.
terima kasih banyak2 buat semua guru di SMSSI yang banyak membantu dan memberi tunjukajar kepada aku sebagai warga baru di SMSSI ini. akan ku kenang selamanya...
HIDUP SMSSI!!!!
tu la yg berlaku dalam tempoh 3 minggu ni.
smua guru2 busy 3 minggu ni.
minggu lepas selesaikan MTQ.
minggu seterusnya exam dan tanda kertas.
minggu ni kejohanan olahraga MSSD.
dan jugak memantau latihan kawad kadet polis.
dari pagi sampai ke malam.
itulah antara tugasku dan guru2 SMSSI...walaupun penat aku gembira kerana dapat melaksanakan tugas tersebut.
terima kasih banyak2 buat semua guru di SMSSI yang banyak membantu dan memberi tunjukajar kepada aku sebagai warga baru di SMSSI ini. akan ku kenang selamanya...
HIDUP SMSSI!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)